E.X.O

#SAHABAT

Maaf lah sejak spm ni susah sikit nak update blog. Hihi. Ye SAHABAT amat diperlukan dalam hidup kita. Tanpa sahabat, siapa lah kita didunia ni kan. Korang pun mesti ada sahabat yang korang sayang kan? Orang gila je yang tak sayang kawan kan. Yess now, bella mahu kenalkan SAHABAT bella yang amat amat bella sayang. Tanpa mereka bella takkan jadi sekuat ini. ggrrr! haha. tanpa bergaduh takkan ada hbgn yang akan kekal sampai bertahun-tahun kan. ^_^

First:


Yess her. Nama diberi Amirah Binti Jamnan. Tarikh lahir dia 06 Ogos 1996. Dia lahir kat Batu Pahat kod. tak ingat. -.-" nickname dia Mieyya. Dia ni tauke 'typo' haha! nak tahu kenapa bella panggil dia tauke 'typo'? haaa, budakbudak kelas ada buat kelas dengan ayah dia, adalah sesetengah baju budak namanya salah eja. Haha, typo la tuh. tulis karangan pun kekadang typo. haha. berdekak bella baca karangan dia. Dia ni minah paling gedik kat kelas. bila kelas sunyi je, nnti budak kelas mula lah dengar suara katak dia tu menyanyi kat kelas. haha. suara dia ke longkang! dia ni seorang yang agak gembeng sikit. dia ni juga seorang yang happy go lucky jugak. tapi bile bab putus cinta, pergh! boleh banjir sekolah tau. -.-" best jugak lah kawan dengan dia. cuma ada satu benda je yang agak menyampah dengan dia, tapi bella tak boleh cerita kat sini, kang ada yang cakap bella ni mengaibkan pasal orang pulak kan. ohh lupa nak bagitahu, die ni 'kak yong selasih pulau tau' jangan cari pasal tau dengan dia, sekali dia ngap,korang tinggal ngep je. haha. ayuh, kita beralih kepada yang kedua pula.

Second: 


Haaa, budak yang bertudung merah ini, nama dia Nuramirah Binti Zailani. Tarikh lahir dia 14 Febuari 1996. Dia ni seorang yang suka buat muka comel dia. macam comel je, macam comel je. haha. -.-" dia ni ada citacita yang tinggi tau, dia nak jadi polis emegresen *tak tahu eja macam mana -.-" dia ni pula kak yong nenas. dia tauke besar tau. haha. dia ni suke fight dalam pelajaran, sampai bella pun kalah dengan dia. tapi, bella yakin boleh kalah kan dia. haha! dia ni happy go lucky jugak. best kawan dengan dia, mcm mcm cerita yang ada. pasal kelakar, sedih ke, ape ke pon ada tau.bella baru rapat dgn dia tahun ni 2013, tapi bella rasa mcm dah kenal dia dah lama. sebab bella tahu ape yang dia rasa. dia ni seorang yang bersemangat tinggi! datang sekolah je, bersemangat gile. tak tahu lah kenapa. -.-" tapi dia ni kalau ada masalah, susa nak kongsikan, dia suka pendam. ishh! geram, aku rasa mcm nak korek je hati die, keluarkan semua tau! tapi senarnya dia ni seorang yang baik hati, serius ni. haha :D

Third: 


Haha, yang kali pula, nama diberi Nur Nasuha Binti Joha. Tarikh lahir ** Disember 1996. dia ni kalau ketawa pehh, boleh pecah gegendang telinga tau! tapi kelakar jugak dia ni. kalau dia jeling orang, ya allah! tajam gile, mcm kita kena cucuk dengan jarum sakit tau. tapi, no hal lah dia ni suka buat lawak, pastu dia ni kuat berangan tau, dia ni juga bersemangat tinggi. bella rapat dengan dia ni pun tahun ni jugak 2013. dia ni kalau sound orang pun boleh tahan jugak. tapi yang tak tahan nya bile kita tanya dia 'hai', nanti dia ckp, 'hello, i tak kenal lah dengan u, i baru je pindah sini. sori i tak kenal orang mcm u' eh eh ayat, dia mcm nak mintak stoking busuk je. bella sumbat jugak stoking busuk kat mulut dia baru tahu. haha. ayat tu, cume sekadar gurauan saje. ^_^ yess yess, now, kita beralih pada seterusnya. dia ni pun, orang cakap ape pasal dia, dia tak kesah langsung, die kata dengar orang cakap pasl kita buang masa je. haha, thats good idea, i like! ^_^

Fourth:


Haaa, ni minah gemuk! nama diberi, Nurfilza Zulaikha binti Muazam. Bertarikh kan 12 Mac 1996. tarikh hari bulan sama dengan bella, cuma tarikh je lain, *mcm keliru je ayat -.-" dia ni seorang yang paling banyak cakap. kalau dia bukak mulut je, pehh! boleh bernanah dengar cerita dia. dia suka cerita berulang-ulang kali, sampai bella jadi bosan. habes nak buat mcm mane, kena lah dengar jugak kan. ye kan aje. haha. -.-" dia kalau bercerita mesti pasal boyfriend die tau. takde dah cerita pasal lain. -.-"dia ni susah sikit nak nangis, dia ni mcm tak de perasaan tau, haha. :P dia ni selalu di buli dengan budakbudak kelas kitaorang. haha. budakbudak kelas suka panggil dia 'filza rare' ataupun 'filza surigani' haha. adoyy, berdekak kitaorang ketawakan. tapi die tetap je sabar. bella rasa mcm nak jahit je mulut dia. kalau satu hari tak ckp memang tak sah. ada jeee cerita yang dia nak bagitahu. sabar je lah... -.-"

Okay now, let me talk to uolls. mereka ni adalah SAHABAT bella selamanya sampai syurga. inshaallah. ^_^ 

'When you truly care for someone, their mistakes never change your feelings because it's the mind that gets angry but the heart still cares'
Sebenarnya hubungan persahabatan ini, adalah sangat berharga dalam hidup kita. memang dalam friendship kita tak lari dari gaduh kan, tapi nanti lelama okay lah kan. bak kata pepatah 'air di cincang takkan putus' cewaahh, BER-peribahasa pulak ye. haha. -_-" 
Untuk pengetahuan korang, mereka adalah yang terbaik bagi bella. tahun ni kami adalah mangsa SPM woo. jadi kami tak mahu, antara kami ada pergaduhan kerana ini akan mengacau fikiran kita untuk pikir spm. soo, untuk elakkan dri masalah tu berlaku, kita mesti jaga hubungan friendship dengan sebaik-baiknya. jangan benarkan orang lain musnahkan friendship kita. ni. alahh, orang yang nak musnahkan friendship kami senarnya dia jeles sbab kami happy sentiasa. haha. weehh, beb daripada kau jaga tepi kain orang, lebih kau jaga tepi kau dulu lah.. adoii -_-"

Dengan ini saya Syahirah Nabilah ingin memohon ampun jikalau selama kita berkawan ni, bella ada buat korang sakit hati ke, ter-ngumpat korang ke, alahh, semua lah yang ter ter ter ni. haha. :D lepas ni, antara kita takde apeape lagi rahsia ye, kalau tak puas hati cakap je depandepan, tak payah cakapcakap belkang, geli tau. haha. bella nak akhir tahun ni, lepas spm bella kita berakhir dengan tenang dan happy, taknak lah berakhir dengan benci, sedih bagai. buang masa je semua tu! dengarlah katakata bella ini. haha :* lastly, bella sayang sangat kat korang tau! sangat sangat sayang! :* 

 Okengg lah, mata bella sudah gntuk, esok ada kelas back-to-back. hari sabtu pun ada kelas tau. hmm, maklumlah budak spm, mestilah kan... :/ maaflah kalau post bella ni ada yang menyakitkan hati korang. maaf tau tau tau! :* jaga lah hubungan persahabatan korang ye, jangan biar hancuss. memang lah org ckp 'kawan biar beribu' dah bye2. \^o^/

No comments: